Thursday 10 July 2014

Izinkan aku menulis...

Assalam,

Selamat bertemu semua kepada pengunjung...akhirnya seakan tidak percaya aku dah ada laman blog sendiri...kalau orang lain mungkin dah beribu2 followers dalam blog mereka tapi aku baru nak mula berblog. Better late than never. Maaf... flow idea belum banyak yang datang tapi sempena ramadhan almubarak semoga kita dapat menambah kualiti dan kuantiti amalan kita insyaAllah..cuma nak berkongsi beberapa keajaiban dan kebesaran Allah swt. Beberapa hari sebelum ramadhan sedang aku duduk bermain dengan kucingku bernama Didi tetiba aku terperasan dibulunya terdapat belang-belang yang tertulis seakan2 kalimah  Allah swt dalam bahasa arab. Subhanallah...kucing ni kami bela sejak kecil tetapi masa tu belum keluar lagi belang dibadannya cuma warna putih dan kuning sahaja. Garisan belang hanya muncul setelah dia besar. Gambar nilah yang menjadi penghibur hati aku dikala resah...apabila merenung pada gambar ini ia akan mengingatkan aku supaya mengingati pencipta kucing ini..sebenarnya aku akui memang menyayangi kucing ini walaupun dalam hati berkata juga supaya jangan leka jangan dilupakan zat menciptakan kucing ini...iaitu Allah swt.Sebenarnya diakui juga aku ni seorang yang lalai sebelum ini..aku menyeru kepada diri aku sendiri supaya banyakkan zikir ingat Allah swt..lebih2 lagi dalam bulan ramadhan yang mulia ini kerana berpuasa dengan berzikir akan menambah nilai amal puasa itu lagi...insyaAllah Wallhualam..